29 Jun 2021

2 of My own natural perspectives philosophy. And how would i become a great teacher?

 I. “Kehidupan memberikan pengalaman untuk menemukan diri kita.”

II. “Ilmu pengetahuan adalah sumber kejayaan”

Setelah meneroka ilmu berkaitan dengan falsafah barulah saya faham bahawa kehidupan kita di dunia ini harus mempunyai tujuan dan sebenarnya diri kita sendiri yang menentukan matlamat hidup kita. Justeru itu falasafah amat penting dalam kehidupan kita kerana ia membantu dan menjadi panduan hidup kita dikala kita tersasar dari landasan. Dan sebagai seorang mukmin, kita harus redha dan mengakui kebesaran illahi kerana dia yang maha berkuasa keatas diri kita. Namun kita sebagai manusia juga harus berusaha untuk menemukan jalan yang terbaik buat diri kita. Saya berpegang dengan falsafah ini kerana saya berpandangan bahawa dengan cabaran dan dugaan mahupun kegembiraan yang kita alami, merupakan proses untuk kita menemukan diri kita yang sebenar. Dan apabila kita telah mengenali akan diri kita sendiri maka perkara-perkara yang menjadi persoalan dalam diri kita akan sedikit-sedikit menunjukkan jalannya atau jawapannya sendiri. Oleh kerana itu saya tahu akan keputusan saya untuk menjadi pendidik bukanlah perkara kebetulan dan sudah tentu saya ingin meninggalkan legasi yang menjadi inspirasi buat bakal anak murid bahkan untuk ahli keluarga dan juga masyarakat yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak. Kerana menyampaikan ilmu antara amalan yang tidak akan putus sehingga kita meninggalkan dunia ini. Dan sepanjang pembelajaran saya dalam kursus ini, saya dapati bahawa saya merupakan seorang yang realistik, akan tetapi dengan adanya falsafah ini, saya yakin saya dapat menyeimbangkan diri saya  kerana saya faham bahawa setiap dari diri manusia adalah  tidak sama. Dan oleh sebab itu, sekiranya saya mempunyai rezeki untuk menjadi pendidik saya akan memastikan bahawa setiap dari anak-anak murid saya akan mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan ilmu dan tidak seorang pun akan tercicir di belakang dan saya akan memastikan bahawa mereka faham akan tujuan mereka menuntut ilmu agar mereka menjadi insan yang seimbang dan mampu memberi khidmat mereka kepada keluarga , masyarakat dan negara dan sudah tentu untuk mencapai kesejahteranaan hidup buat diri mereka sendiri.




22 Jun 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

MAKNA TEKNIK DAN TEKNIKAL

  • Teknik atau technic berasal daripada perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi
  • Perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni.( KAMUS DEWAN 1993)
  • Teknikal pula bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.

MAKNA VOKASIONAL

  • Berasal daripada perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.
  • pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu. Webster's New World Dictionary (1991)
  • berkaitan dengan pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali. (Kamus Dewan (1993) 
 MAKNA TEKNOLOGI

  • Berasal daripada dua perkataan Greek .
  • technes yang bermaksud prinsip atau kaedah
  • logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut
KONSEP ASAS PTV

  • Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana 'orang teknikal/vokasional' dikenali sebagai individu yang praktikal.
  • Kita sebagai practitioners yang pentingkan amalan dariada teori
KEPENTINGAN PRINSIP DALAM PTV
  • Prinsip adalah panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.
  • Amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.
  • Amalan lepas dan amalan baru yang berjaya pula dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari bagi TV.
KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM PTV

  • Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan PTV.
  • Falsafah membantu kita untuk membuat pilihan atau tindakan yang tepat.
  • Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah.
  • Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.
  • Prinsip amalan yang berjaya, kunci kepada pembentukan falsafah
KEPENTINGAN POLISI

  • Diperlukan supaya falsafah dan prinsip boleh dilaksanakan.
  • Polisi bukanlah undang-undang tetapi mempunyai kesan yang serupa dengan undang-undang
  • Prinsip, yang mewakili amalan terpilih dalam PTV, hanya boleh dilaksanakan apabila disokong oleh polisi. Falsafah pula tidak akan bermakna tanpa polisi.
Selaras dengan perkembangan negara, maka wujudlah akta-akta berkaitan pendidikan yang dijadikan asas bagi perubahan dalam PTV. Antara akta yang termaktub adalah:
a. Laporan Barnes 1951b. Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak)c. Laporan RahmanTalib 1960d. Laporan Kabinet 1979.

FALSAFAH PTV

Perakuan 111 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) memperakukan bahawa:
'Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan PTV menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya PTV hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi'.
Perakuan 111 telah mencetuskan perubahan dan perkembangan lebih pesat dalam PTV, selepas tahun 1979 sehingga termaktub pula Akta Pendidikan Akta ini telah membawa satu reformasi kepada PTV, namun seperti akta sebelumnya, perubahan dalam PTV berlaku tanpa falsafah yang spesifik.

2 KAEDAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV

(a) Kaedah Induktif 
Kaedah dari dalam ke luar. Prosesnya merangkumi ‘melihat’ dalam dunia PTV sendiri iaitu mengenal pasti praktis atau amalan sedia ada; diikuti dengan menentukan teori asas yang tersirat; barulah dapat dibentuk falsafah yang dikehendaki. 
(b) Kaedah Deduktif 
Kaedah dari luar ke dalam, bermula dengan pembentukan falsafah dahulu. Teori asas yang digunakan dalam falsafah dihuraikan, kemudian diikuti dengan mengenal pasti praktis atau amalan yang harus dibuat.