Beberapa minggu yang lepas, saya dan rakan sekelas yang lain sekali lagi diberi kesempatan untuk mengikuti kuliah yang dikendalikan oleh Dr Sof...apa lagi kalau bukan subjek Falsafah pendidikan yang saya rasakan bahawa kelas ini amat menarik perhatian pelajar. Ini berdasarkan tindak balas yang diberikan oleh rakan-rakan sewaktu sesi kuliah.😊 Oleh itu, untuk penulisan kali ini saya akan memberikan sedikit perkongsian ilmu yang telah kami dapatkan pada hari tersebut.
Menurut Definisi, Falsafah secara ringkasnya membawa maksud Cintakan Hikmah atau dalam bahasa inggeris kita katakan falsafah itu The Love Of Wisdom . Ayat Cintakan Hikmah itu sendiri terlalu mendalam untuk kita fahami dalam waktu yang singkat kerana seorang yang berfalsafah mestilah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang amat tinggi nilainya, tetapi dapat kita simpulkan bahawa,seorang yang berfalsafah seharusnya mempunyai tahap pemikiran yang bukan sekadar bersandarkan nafsu semata-mata, sesorang itu juga seharusnya tahu bagaimana berfikir dengan betul...ya..berfikir dengan betul..apakah yang dimaksudkan berfikir dengan betul??😮 disini kita maksudkan kematangan dalam berfikir. Dia tahu mana yang batil dan mana yang jahil dan sememangya kita maklum bahawa kita sering terkandas dalam membuat penilaian dalam kehidupan kita dan kita hanyalah manusia biasa dan secara fitrahnya kita akan melakukan kesilapan dan kita belajar untuk melihat hikmah disebalik kejahilan kita sebagai manusia. Dan saya sendiri tidak lepas dari membuat kesilapan. Seterusnya orang yang berfalsafah itu berani untuk bertindak, namun.. bukan bertindak melulu, pastinya tindakan yang diambil adalah berlandaskan kebenaran semata-mata tanpa melibatkan kepentingan apapun melainkan kebaikan yang bakal dizahirkan melalui tindakan tersebut.😇
Tiada ulasan:
Catat Ulasan