Bak kata pepatah guru diibaratkan umpama lilin yang membakar diri demi memberi cahaya dan panduan dalam hidup pelajar dan saya akui ini. Akan tetapi realitinya guru juga sebagai manusia yang ada kekurangan diri dan amat beruntunglah kepada pelajar yang mempunyai guru yang memberi inspirasi buat dirinya kerana bukan semua pelajar mempunyai nasib yang baik untuk memiliki guru seperti itu sepanjang hayatnya ketika menuntut ilmu. Dan buat para pendidik, terima kasih kerana menghabiskan hayat hidup didunia mendidik pelajar agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Sepanjang saya bergelar sebagai pelajar, saya tidak mempunyai guru idola kerana dahulu pandangan saya terhadap guru cuma bertindak sebagai tenaga pengajar dan murid sebagai seorang pelajar. Saya tidak melihat ini merupakan satu perhubungan yang istimewa dikalangan guru dan pelajar. Akan tetapi saya mempunyai satu insiden yang masih segar diingatan saya sehingga sekarang. Hanya disebabkan oleh buah pisang yang diberikan oleh guru tersebut kepada saya sewaktu berada di darjah satu, saya masih ingat secara jelas wajah dan nama guru tersebut..... Cikgu Khadijah.
Namun, apa yang saya boleh kaitkan peribadi guru tersebut dengan topik yang telah saya pelajari ialah beliau gemar bercerita dan saya yakin beliau merupakan seorang idealisme kerana dari perwatakan guru tersebut. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tutur bicaranya dan tidak pernah sekali pun meninggikan suara dan beliau merupakan seorang yang sabar.
Oleh sebab atas dasar ini yang membolehkan saya menanam keinginan untuk menguasai subjek yang diajar oleh guru tersebut iaitu bahasa inggeris. Kerana saya tidak mempunyai pendedahan awal mengenai subjek tersebut sehinggalah ketika saya memasuki darjah satu. Dan hasilnya, kini saya telah menguasai bahasa tersebut, walaupun tidak sepenuhnya namun hasil daripada pengalaman yang saya dapatkan dari guru tersebut, ianya telah memberi manfaat kepada saya.
Namun perspektif saya telah berubah seiring waktu. Dan saya lihat bahawa peranan guru sangat besar impaknya kepada kehidupan pelajar, kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi pelajar dan hampir separuh daripada hayat pelajar ini diperuntukkan untuk mempelajari ilmu. Dan atas dasar ini juga yang menyuntik naluri saya untuk menjadi sebagai seorang pendidik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan