Selamat Datang ke Penerbangan BBD10102 menuju ke destinasi PHILO-SOPHIA.Diharapkan penerbangan ini akan memberikan anda pengalaman yang menarik kerana seperti pepatah "Jauh perjalanan,Luas pemandangan".So Welcome Onboard & Fasten your seatbelt as the journey will be adventurous and quite bumpy!.

07 April 2021

MEMAHAMI FALSAFAH ( TOPIK 1/PART 2)

Coretan pada kali ini merupakan kesinambungan dari posting sebelumnya..😅 pada kali ini saya akan berkongsi lebih terperinci berkaitan dengan Topik 1 Falsafah Pendidikan mengikut sumber ilmiah yang dipelajari. Sedia maklum saya sudah berkongsi sedikit mengenai maksud falsafah itu sendiri dan apa ciri-ciri yang perlu ada pada individu tersebut.Dan kali ini kita akan lihat dengan lebih lanjut maksud falsafah dari sudut fahaman tokoh-tokoh Falsafahdi dunia serta kepentingan mempelajari falsafah pada diri kita.


Memetik pandangan dari  Frost (1955), ahli falsafah adalah terbuka untuk semua manusia yang hidup dimuka bumi ini dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai makhluk yang mempunyai otak dan susunan saraf yang maju, maka dia berfikir dan ia membuka jalan untuk berfalsafah. Jadi, antara anda dan orang disekeliling anda berpotensi menjadi seorang yang berfalsafah kerana ianya bersifat universal.

KIta lihat pula sisi pandangan dari tokoh pemikir barat yang lain, memetik pandangan dari Socrates (469-399 SM) Beliu berpandangan bahawa Pembentukan pengetahuan yang murni amat penting bagi mencapai kebijaksanaan dan sesorang itu perlu berusaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebijaksanaan.Dan disini kita dapat simpulkan bahawa Falsafah beliau berpusatkan kepada manusia dan tingkah laku. 

Menurut pandangan Plato (427-347SM) falsafah ialah usaha mencari kearifan melalui proses dialektif dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato, berhubung falsafah adalah pelbagai. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam dialog-dialognya.
Melalui konsep ini. ia telah mempengaruhi pemikiran Barat umumnya dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih dari 2000 tahun dahulu.

dan antara Tokoh Falsafah yang lain di Asia adalah

Tokoh Falsafah Timur (Negara China)

Konfucius 
Berpandangan bahawa,manusia mesti memiliki satu garis panduan tentang tingkah laku yg berdasarkan nilai-nilai abstrak utk menjadi manusia yg peribadi mulia

5 nilai Tersebut adalah :
  • keserasian
  • perikemanusiaan
  • kebolehpercayaan
  • amanah
  • bijaksanaa  
Tokoh Falsafah Timur (Negara India)
  • Mahatma Gandi 
  • Rabindranath Tagore
Tokoh Falsafah Islam
  • Al-Khindi
  • Al-Farabi
  • Ibnu Sina (falsafah, astronomi, perubatan)
  • Al-Ghazali (tokoh agung keilmua Islam yg menguasai banyak bidang. Terkenal dgn ilmu mantiknya-ilmu yg menerangkan kebenaran dan kesamaran)
Sharifah Alawiah Alsagoff (1984) melalui penulisannya pula berpandangan
  • Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting.
  • Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.
  • Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
  • Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.
  • Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.
TUJUAN KITA MEMPELAJARI FALSAFAH
  • Falsafah dapat membentuk suatu pandangan yang sistematik pada tiap-tiap sesuatu yang wujud di alam ini.
  • Falsafah dapat memberikan suatu pandangan hidup, serta memberi peluang manusia berfikir baik buruknya sesuatu perkara.
  • Contohnya ialah ahli sains dapat menghasilkan tenaga atom dengan ilmu pengetahuannya, untuk apakah tenaga atom dihasilkan bagi peperangan atau untuk perdamian, maka disinilah kita memerlukan sistem nilai atau falsafah bagi menentukannya.
  • Ilmu dapat menghasilkan pengetahuan, tetapi tujuan dan pemakaian pengetahuan itu ditentukan oleh falsafah.
  • Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan cara kritikal dan logik. Ia dapat menjelaskan kepada manusia perkara-perkara yang kabur melalui penyelidikan dan pengalaman.
  • Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti berkenaan makna hidup bagi seseorang. Falsafah ini dapat menentukan manusia ke arah penghidupan yang lebih tinggi dan mulia.
  • Oleh itu falsafah perlu difahami dan dimiliki oleh setiap pendidik bagi membantu anak-anak membentuk falsafah hidup yang sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan