KARYA PHILO-SOPHIA

Selamat Datang ke Penerbangan BBD10102 menuju ke destinasi PHILO-SOPHIA.Diharapkan penerbangan ini akan memberikan anda pengalaman yang menarik kerana seperti pepatah "Jauh perjalanan,Luas pemandangan".So Welcome Onboard & Fasten your seatbelt as the journey will be adventurous and quite bumpy!.

29 Jun 2021

2 of My own natural perspectives philosophy. And how would i become a great teacher?

 I. “Kehidupan memberikan pengalaman untuk menemukan diri kita.”

II. “Ilmu pengetahuan adalah sumber kejayaan”

Setelah meneroka ilmu berkaitan dengan falsafah barulah saya faham bahawa kehidupan kita di dunia ini harus mempunyai tujuan dan sebenarnya diri kita sendiri yang menentukan matlamat hidup kita. Justeru itu falasafah amat penting dalam kehidupan kita kerana ia membantu dan menjadi panduan hidup kita dikala kita tersasar dari landasan. Dan sebagai seorang mukmin, kita harus redha dan mengakui kebesaran illahi kerana dia yang maha berkuasa keatas diri kita. Namun kita sebagai manusia juga harus berusaha untuk menemukan jalan yang terbaik buat diri kita. Saya berpegang dengan falsafah ini kerana saya berpandangan bahawa dengan cabaran dan dugaan mahupun kegembiraan yang kita alami, merupakan proses untuk kita menemukan diri kita yang sebenar. Dan apabila kita telah mengenali akan diri kita sendiri maka perkara-perkara yang menjadi persoalan dalam diri kita akan sedikit-sedikit menunjukkan jalannya atau jawapannya sendiri. Oleh kerana itu saya tahu akan keputusan saya untuk menjadi pendidik bukanlah perkara kebetulan dan sudah tentu saya ingin meninggalkan legasi yang menjadi inspirasi buat bakal anak murid bahkan untuk ahli keluarga dan juga masyarakat yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak. Kerana menyampaikan ilmu antara amalan yang tidak akan putus sehingga kita meninggalkan dunia ini. Dan sepanjang pembelajaran saya dalam kursus ini, saya dapati bahawa saya merupakan seorang yang realistik, akan tetapi dengan adanya falsafah ini, saya yakin saya dapat menyeimbangkan diri saya  kerana saya faham bahawa setiap dari diri manusia adalah  tidak sama. Dan oleh sebab itu, sekiranya saya mempunyai rezeki untuk menjadi pendidik saya akan memastikan bahawa setiap dari anak-anak murid saya akan mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan ilmu dan tidak seorang pun akan tercicir di belakang dan saya akan memastikan bahawa mereka faham akan tujuan mereka menuntut ilmu agar mereka menjadi insan yang seimbang dan mampu memberi khidmat mereka kepada keluarga , masyarakat dan negara dan sudah tentu untuk mencapai kesejahteranaan hidup buat diri mereka sendiri.




22 Jun 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

MAKNA TEKNIK DAN TEKNIKAL

  • Teknik atau technic berasal daripada perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi
  • Perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni.( KAMUS DEWAN 1993)
  • Teknikal pula bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.

MAKNA VOKASIONAL

  • Berasal daripada perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.
  • pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu. Webster's New World Dictionary (1991)
  • berkaitan dengan pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali. (Kamus Dewan (1993) 
 MAKNA TEKNOLOGI

  • Berasal daripada dua perkataan Greek .
  • technes yang bermaksud prinsip atau kaedah
  • logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut
KONSEP ASAS PTV

  • Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana 'orang teknikal/vokasional' dikenali sebagai individu yang praktikal.
  • Kita sebagai practitioners yang pentingkan amalan dariada teori
KEPENTINGAN PRINSIP DALAM PTV
  • Prinsip adalah panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.
  • Amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.
  • Amalan lepas dan amalan baru yang berjaya pula dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari bagi TV.
KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM PTV

  • Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan PTV.
  • Falsafah membantu kita untuk membuat pilihan atau tindakan yang tepat.
  • Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah.
  • Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.
  • Prinsip amalan yang berjaya, kunci kepada pembentukan falsafah
KEPENTINGAN POLISI

  • Diperlukan supaya falsafah dan prinsip boleh dilaksanakan.
  • Polisi bukanlah undang-undang tetapi mempunyai kesan yang serupa dengan undang-undang
  • Prinsip, yang mewakili amalan terpilih dalam PTV, hanya boleh dilaksanakan apabila disokong oleh polisi. Falsafah pula tidak akan bermakna tanpa polisi.
Selaras dengan perkembangan negara, maka wujudlah akta-akta berkaitan pendidikan yang dijadikan asas bagi perubahan dalam PTV. Antara akta yang termaktub adalah:
a. Laporan Barnes 1951b. Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak)c. Laporan RahmanTalib 1960d. Laporan Kabinet 1979.

FALSAFAH PTV

Perakuan 111 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) memperakukan bahawa:
'Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan PTV menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya PTV hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi'.
Perakuan 111 telah mencetuskan perubahan dan perkembangan lebih pesat dalam PTV, selepas tahun 1979 sehingga termaktub pula Akta Pendidikan Akta ini telah membawa satu reformasi kepada PTV, namun seperti akta sebelumnya, perubahan dalam PTV berlaku tanpa falsafah yang spesifik.

2 KAEDAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV

(a) Kaedah Induktif 
Kaedah dari dalam ke luar. Prosesnya merangkumi ‘melihat’ dalam dunia PTV sendiri iaitu mengenal pasti praktis atau amalan sedia ada; diikuti dengan menentukan teori asas yang tersirat; barulah dapat dibentuk falsafah yang dikehendaki. 
(b) Kaedah Deduktif 
Kaedah dari luar ke dalam, bermula dengan pembentukan falsafah dahulu. Teori asas yang digunakan dalam falsafah dihuraikan, kemudian diikuti dengan mengenal pasti praktis atau amalan yang harus dibuat.

25 Mei 2021

PENGALAMAN PERIBADI - SIAPA GURU TERBAIK YANG SAYA PERNAH ADA?


Bak kata pepatah guru diibaratkan umpama lilin yang membakar diri demi memberi cahaya dan panduan dalam hidup pelajar dan saya akui ini. Akan tetapi realitinya guru juga sebagai manusia yang ada kekurangan diri dan amat beruntunglah kepada pelajar yang mempunyai guru yang memberi inspirasi buat dirinya kerana bukan semua pelajar mempunyai nasib yang baik untuk memiliki guru seperti itu sepanjang hayatnya ketika menuntut ilmu. Dan buat para pendidik, terima kasih kerana menghabiskan hayat hidup didunia mendidik pelajar agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


Sepanjang saya bergelar sebagai pelajar, saya tidak mempunyai guru idola kerana dahulu pandangan saya terhadap guru cuma bertindak sebagai tenaga pengajar dan murid sebagai seorang pelajar. Saya tidak melihat ini merupakan  satu perhubungan yang istimewa dikalangan guru dan pelajar. Akan tetapi saya mempunyai satu insiden yang masih segar diingatan saya sehingga sekarang. Hanya disebabkan oleh buah pisang yang diberikan oleh guru tersebut kepada saya sewaktu berada di darjah satu, saya masih ingat secara jelas wajah dan nama guru tersebut..... Cikgu Khadijah.

 

Namun, apa yang saya boleh kaitkan peribadi guru tersebut dengan topik yang telah saya pelajari ialah beliau gemar bercerita dan saya yakin beliau merupakan seorang idealisme kerana dari perwatakan guru tersebut. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tutur bicaranya dan tidak  pernah sekali pun meninggikan suara dan beliau merupakan seorang yang sabar.

 

Oleh sebab atas dasar ini yang membolehkan saya menanam keinginan untuk menguasai subjek yang diajar oleh guru tersebut iaitu bahasa inggeris. Kerana saya tidak mempunyai pendedahan awal mengenai subjek tersebut sehinggalah ketika saya memasuki darjah satu. Dan hasilnya, kini saya telah menguasai bahasa tersebut, walaupun tidak sepenuhnya namun hasil daripada pengalaman yang saya dapatkan dari guru tersebut, ianya telah memberi manfaat kepada saya.


Namun perspektif saya telah berubah seiring waktu. Dan saya lihat bahawa peranan guru sangat besar impaknya kepada kehidupan pelajar, kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi pelajar dan hampir separuh daripada hayat pelajar ini diperuntukkan untuk mempelajari ilmu. Dan atas dasar ini juga yang menyuntik naluri saya untuk menjadi sebagai seorang pendidik.


KENAPA MENJADI SEORANG PENDIDIK


Sebab utama saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik adalah disebabkan oleh latar belakang keluarga yang tidak mempunyai kesempatan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan saya tahu bahawa nilai pendidikan sangat berharga, kerana dengan pendidikan, kita boleh manfaatkan ilmu yang dipelajari untuk mngubah nasib hidup kita dan dengan adanya ilmu, kita boleh memperbaiki nilai yang ada pada diri kita. Dengan adanya pendidikan kita boleh menggapai apa jua perkara yang sering kita anggap mustahil dalam hidup. Dan saya ingin mempunyai legasi dalam hidup dan matlamat dalam kehidupan serta ingin  menjadi sumber inspirasi kepada  sesiapa pun.

 

Setelah beberapa minggu menerokai ilmu berkaitan falsafah pada mulanya amat sukar untuk saya fahami ikatannya dengan kerjaya sebagai pendidik. Namun apabila difikirkan semula tujuan saya bercita-cita untuk menjadi pendidik, bermula detik itu, saya melihat kesinambungannya tambahan pula setelah memahami maksud disebalik falsafah pendidikan kebangsaan ianya memberi perspektif yang baru tentang perjalanan saya untuk menjadi seorang pendidik.Kerana saya perlu memahami terlebih dahulu nilai yang harus saya terapkan dan berpegang teguh dengan prinsip yang terdapat dalam falsafah. Semoga apa yang saya pelajari pada masa kini akan sentiasa berada didalam diri saya agar saya dapat menjadi pendidik yang seimbang dan terbaik serta memenuhi keperluan pendidikan buat generasi akan datang.










27 April 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Perkongsian pada kali ini mengenai falsafah pendidikan barat . Dr.Sof ada menerangkan mengenai tujuan kita mempelajari falsafah pendidikaan barat. Kerana ianya sudah lama wujud dan diguna pakai .Terdapat 4 perspektif utama dalam falsafah pendidikan barat iaitu

1.Idealism

2.Pragmatism

3.Realism

4.Existentialism

Kesemua perspektif diatas mempunyai ciri-ciri yang berbeza sebagai contoh

1.Idealisam

   Merupakan seseorang yang cenderung  membuat refleksi atau mendapat inspirasi dari seni dan seorang  yang  berpandangan jauh yang boleh mengatur strategi

2.Pragmatism

   Merupakan seseorang yang suka bereksperimen dengan sesuatu.Kita juga boleh mengkategorikan  individu ini cenderung ke arah kemahiran atau suka melakukan sesuatu 

3.Realism

   Merupakan individu yang lebih kepada logik dan realistik. Individu seperti ini faham akan keadaan dan situasi semasa dan melakukan sesuatu perkara tanpa melengahkan. Seorang yang mementingkan masa.

4.Existentialism

Merupakan indidvidu  yang suka akan perhatian.Individu seperti ini tidak mempunyai masalah untuk menjadi ketua dan berasa selesa untuk bersosial.Mereka mempunyai kemahiran bersosial.

Dan hasil pengamatan saya, saya lebih  cenderung ke arah Realism. Tetapi juga mempunyai cir-ciri pragmatism. Dan saya boleh katakan dalam kehidupan bersosial , saya cenderung ke arah Realism dan ke arah Pragmatism dalam sesi pembelajaran. 

Tidak dinafikan kadang kala orang yang bersifat Realism ini kelihatan pentingkan diri dan sering disalah tafsir kerana kami lebih mengambil langkah yang lebih praktikal mengikut keadaan dan situasi. Namun kami adalah orang yang boleh dipercayai  dan mempunyai sifat yang setia. Kami boleh memberikan pandangan yang jujur akan tetapi masih mampu untuk melihat keadaan pada ketika itu samada sesuai atau tidak untuk suarakan pandangan. senang kata kami tahu bila ingin menjadi realism dan bila masa untuk menjadi normal. 

Dan satu perkara berkaitan dengan individu yang bersifat realisma ini.. kami sangat peka akan sesuatu perkara. Bahkan  kami boleh mengetahui keperibadian atau niat seseorang dengan hanya memerhati individu tersebut. Kadang kala dengan cara orang itu bercakap kami sdah dapat mngenali ciri-ciri yang ada pada individu tersebut. Namun kami tidak akan sama sekali gunakan pengetahuan yang ada untuk membuat perkara yang tidak baik keatas individu lain . Selalunya perkara yang kami ketahui cuma kami saja yang tahu. secara rumusannya seperti kata2 pujangga barat.." it takes a liar to known a liar" namun saya bukan lah seorang penipu, cuma saya memberi perumpamaan di atas sebagai gambaran keseluruhan akan apa yang saya cuba sampaikan.

Oleh itu, jangan takut dengan orang yang ada ciri-ciri realisma ini, kerana mereka adalah individu yang sangat membantu dalam apa jua situasi.😅😇😉😊



FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (webinar bersama panel2 jemputan)

Untuk topik kali ini Dr. Sof memberi penerangan mengenai falsafah pendidikan dari sudut islam,apa ciri-ciri yang ada dalam falsafah pendidikan islam. Dan perkongsian ini dilakukan melalui webinar dimana terdapat 2 panel jemputan lain yang turut serta dan mengulas lebih lanjut berkenaan dengan falsafah pendidikan dalam islam


Panel yang pertama, iaitu Dr. Sof sendiri memberi perkongsian berkenaan dengan 3 asas dalam falsafah pendidikan islam iaitu :

1. Ta'lim

merupakan proses mempelajari ilmu

2.Ta'dib

Pendidikan berasakan disiplin minda dan rohani

3.Tarbiyah

merupakan proses pengembangan dan bimbingan yang meliputi jasad,akal, dan jiwa yang dilakukan secara berlanjutan


Dan melalui penerangan Dr.Sof  ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain dan ianya tidak lengkap tanpa yang lainnya.Elemen - elemen ini juga sudah wujud dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang mana saya sebagai pelajar boleh mengaplikasikan dalam proses menimba ilmu juga dalam kehidupan.


Panel yang kedua ialah Dr Halimi Mohd Khalid beliau berkongsi topik berkenaan dengan Falsafah pendidikan islam dalam kehiduipan pelajar. Dalam topik ini beliau menegaskan akan matlamat akhir dalam kehidupan kita yang ingin dicapai. Beliau juga ada menyebut bahawa falsafah pendidikan islam ini bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan pencipta. Dan sebagai seorang muslim kita patut merujuk kepada al-quran dan sunnah sebagai panduan.

Satu konsep yang disebut oleh Dr Halimi iaitu konsep ibadurrahman yang mana Dr Halimi sarankan untuk para pelajar mengamati dan mengamalkannya. Dan terdapat beberapa ciri yang yang ada dalam konsep ini seperti Tawaduk,lemah lembut,tidak angkuh, tidak sombong dan lain-lain. Banyak yang ingin dikongsikan oleh Dr. akan tetapi disebabkan kekangan masa Dr Halimi hanya sempat berkongsi beberapa perkara sahaja.


Manakala Panel yang ketiga iaitu Ustaz Mohd Lofti Solihin berkongsi ilmu berkaitan paradigma tauhid.Beliau menyentuh perkataan paradigma tauhid yang terkandung dalam misi UTHM sendiri.Sebenarnya saya masih kurang jelas berkaitan dengan paradigma tauhid ini dan saya harus membuat pembacaan dan mencari maklumat tambahan berkaitan hal ini. Antara yang perkara yang disebutkan adalah berkaitan dengan hubungan integrasi antara 

ALLAH dengan manusia

manusia - manusia

manusia - makhluk lain

atas dasar akidah,syariah dan akhlak.








13 April 2021

CABANG FALSAFAH

Pengisian kita pada kali ini akan membincangkan tentang cabang-cabang yang berkaitan dengan falsafah yang saya kira amat menarik untuk kita terokai bersama. Dan harus diingat perkara yang bakal kita terokai ini mungkin akan mewujudkan persepsi, namun atas sebab itulah ilmu itu harus kita pelajari supaya kita lebih faham seterusnya boleh membuat penilaian berdasarkan akal dan hati.

METAFIZIK

Merupakan cabang falsafah yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan reaiti seperti kejadian alam..perihal kehidupan manusia dan perkara2 yang melampaui batas kajian saintifik. Secara rumusan kita boleh katakan disini bahawa cabang metafizik mengkaji perkara berkaitan dengan alam ghaib atau abstrak yang kita tidak melihatnya dengan pandangan mata kasar.

Mengikut ahli metafizik, terdapat 2 jenis wujud

  • wujud umum iaitu benda yang akan berubah atau menghilang
  • wujud mutlak iaitu perkara yang benar2 ada
Terdapat 2 padangan ahli metafizik yang berlainan iaitu
  • Manusia bersifat kerohanian
  • Manusia bersifat kebendaan
AKSIOLOGI

Cabang falsafah ini adalah berkaitan dengan nilai. Terdapat 2 kategori nilai yang dibincangkan 
  • Estetika Perkara yang berkaitan dengan kesenian
  • Etika Mengkaji perkara yang berkaitan moral,prinsip dan tingkah laku
Antara isu  yang dibincangkan adalah
  • Adakah nilai itu Subjektif atau objektif
OBJEKTIF bermaksud nilai tersebut wujud tanpa dipengaruhi kesukaan manusia
SUBJEKTIF bermaksud nilai yang diletakan mengikut kesukaan manusia
  • Adakah nilai tersebut TETAP atau BERUBAH 
  • Adakah nilai mempunyai PERINGKAT
Apabila kemahuan kita berubah,maka nilai kita juga akan berubah.

EPISTEMOLOGI

Merupakan cabang falsafah yang membincangkan kajian mengenai ilmu pengetahuan atau dikenali sebagai teori ilmu dan berteraskan kepada kebenaran dan konsep2 psikologi.

menekankan persoalan berkaitan
  • cara menjana ilmu atau idea
  • sifat serta proses mental/kognitif
Menurut Kneller (1971) , beliau mengkelaskan ilmu kepada beberapa kategori
  • ilmu wahyu
  • ilmu intuitif
  • ilmu impirikal
  • ilmu autoritatif
  • ilmu rasional