Sebab utama saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik adalah disebabkan oleh latar belakang keluarga yang tidak mempunyai kesempatan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan saya tahu bahawa nilai pendidikan sangat berharga, kerana dengan pendidikan, kita boleh manfaatkan ilmu yang dipelajari untuk mngubah nasib hidup kita dan dengan adanya ilmu, kita boleh memperbaiki nilai yang ada pada diri kita. Dengan adanya pendidikan kita boleh menggapai apa jua perkara yang sering kita anggap mustahil dalam hidup. Dan saya ingin mempunyai legasi dalam hidup dan matlamat dalam kehidupan serta ingin menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa pun.
Setelah beberapa minggu menerokai ilmu berkaitan falsafah pada mulanya amat sukar untuk saya fahami ikatannya dengan kerjaya sebagai pendidik. Namun apabila difikirkan semula tujuan saya bercita-cita untuk menjadi pendidik, bermula detik itu, saya melihat kesinambungannya tambahan pula setelah memahami maksud disebalik falsafah pendidikan kebangsaan ianya memberi perspektif yang baru tentang perjalanan saya untuk menjadi seorang pendidik.Kerana saya perlu memahami terlebih dahulu nilai yang harus saya terapkan dan berpegang teguh dengan prinsip yang terdapat dalam falsafah. Semoga apa yang saya pelajari pada masa kini akan sentiasa berada didalam diri saya agar saya dapat menjadi pendidik yang seimbang dan terbaik serta memenuhi keperluan pendidikan buat generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan