I. “Kehidupan memberikan pengalaman untuk menemukan diri kita.”
II. “Ilmu pengetahuan adalah sumber kejayaan”
Setelah meneroka ilmu berkaitan dengan falsafah barulah saya faham bahawa kehidupan kita di dunia ini harus mempunyai tujuan dan sebenarnya diri kita sendiri yang menentukan matlamat hidup kita. Justeru itu falasafah amat penting dalam kehidupan kita kerana ia membantu dan menjadi panduan hidup kita dikala kita tersasar dari landasan. Dan sebagai seorang mukmin, kita harus redha dan mengakui kebesaran illahi kerana dia yang maha berkuasa keatas diri kita. Namun kita sebagai manusia juga harus berusaha untuk menemukan jalan yang terbaik buat diri kita. Saya berpegang dengan falsafah ini kerana saya berpandangan bahawa dengan cabaran dan dugaan mahupun kegembiraan yang kita alami, merupakan proses untuk kita menemukan diri kita yang sebenar. Dan apabila kita telah mengenali akan diri kita sendiri maka perkara-perkara yang menjadi persoalan dalam diri kita akan sedikit-sedikit menunjukkan jalannya atau jawapannya sendiri. Oleh kerana itu saya tahu akan keputusan saya untuk menjadi pendidik bukanlah perkara kebetulan dan sudah tentu saya ingin meninggalkan legasi yang menjadi inspirasi buat bakal anak murid bahkan untuk ahli keluarga dan juga masyarakat yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak. Kerana menyampaikan ilmu antara amalan yang tidak akan putus sehingga kita meninggalkan dunia ini. Dan sepanjang pembelajaran saya dalam kursus ini, saya dapati bahawa saya merupakan seorang yang realistik, akan tetapi dengan adanya falsafah ini, saya yakin saya dapat menyeimbangkan diri saya kerana saya faham bahawa setiap dari diri manusia adalah tidak sama. Dan oleh sebab itu, sekiranya saya mempunyai rezeki untuk menjadi pendidik saya akan memastikan bahawa setiap dari anak-anak murid saya akan mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan ilmu dan tidak seorang pun akan tercicir di belakang dan saya akan memastikan bahawa mereka faham akan tujuan mereka menuntut ilmu agar mereka menjadi insan yang seimbang dan mampu memberi khidmat mereka kepada keluarga , masyarakat dan negara dan sudah tentu untuk mencapai kesejahteranaan hidup buat diri mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan